New World dilaporkan punca RTX3090 rosak

Permainan MMO daripada Amazon, New World, dikatakan menjadi punca beberapa RTX3090 pemain rosak atau tidak berfungsi.

Meskipun baru dua hari dilancarkan dalam versi beta terbuka, beberapa pemain menyatakan kad grafik mereka menjadi terlalu panas, clocking terlalu tinggi atau menghasilkan kuasa lebih dari yang sepatutnya.

Isu ini ada dikongsi dalam Reddit untuk permainan New World, dengan menyatakan RTX3090 mereka gagal berfungsi. Malah, ada juga yang laporkan hal ini di Twitter.

Tetapi isu ini bukanlah pertama yang berlaku. Sebelum ini permainan Starcraft II juga pernah menjadi punca perkara seperti ini berlaku.

Hari ini Amazon menyatakan permainan ini sudah selamat untuk dimainkan, selain, mereka juga akan memberikan tampalan yang akan menutup fps pada skrin menu untuk “meyakinkan” pemain. 

Hal ini selepas wakil servis pelanggan Amazon sedar mengenai isu ini melalui hantaran di forum New World.

Pembangun permainan itu mencadangkan untuk memadam fungsi overrides di tetapan GPU. Tetapi arahan khusus yang diberikan adalah dengan menetapkan “Max Frame Rate” kepada “Off” di panel kawalan Nvidia – iaitu tetapan lalai (default), dan hanya bergantung pada frame rate dalam permainan sahaja. 

Adakah ada dalam kalangan anda sudah mencuba permainan ini?

Sumber: PC Gamer

RELATED NEWS

+