Nintendo Switch 2: Pengumuman rasmi dijanjikan tahun hadapan

Nintendo Switch 2 telah lama menjadi tanda tanya oleh ramai peminat Nintendo.

Konsol mudah alih itu sudah berada di dalam industri sejak tahun 2017 lagi.

Semalam, satu pengumuman dibuat oleh Presiden Nintendo iaitu Shuntaro Furukawa.

“Kami akan membuat pengumuman mengenai pengganti Nintendo Switch dalam tahun fiskal ini.”

Ini bermakna berita mengenai Nintendo Switch 2 akan diumumkan awal tahun hadapan.

Menurut ciapan tersebut, sudah 9 tahun Nintendo Switch wujud sejak mereka mengumumkan Nintendo Switch pada tahun 2015.

Mungkin tahun ke-10 adalah tahun untuk melancarkan Nintendo Switch 2.

Nintendo juga mengumumkan mereka akan mengadakan Nintendo Direct pada Jun ini tetapi tidak memberi fokus kepada konsol baharu Switch 2.

Apakah spesifikasi konsol baru ini nanti?

RELATED NEWS

+