Nintendo Switch OLED diumumkan, resolusi skrin lebih baik

Nintendo semalam mengumumkan konsol mudah alih Nintendo Switch OLED akan dilancarkan 8 Oktober ini.

Nintendo Switch OLED ini adalah naik taraf daripada siri sebelumnya. Skrin OLED 7-inci yang dapat menambahkan jumlah tetapan di skrin.

Resolusi skrin juga berubah dan ke arah lebih besar dan baik iaitu sokongan HD penuh ke TV daripada 1280 x 720p pada asalnya.

Stesen docking Nintendo Switch pula akan mendapat sambungan kabel LAN. Malah, sistem audio kali ini juga dikatakan leibh baik dan lebih jelas.

Nintendo announces new Switch variant with OLED display - GSMArena.com news

Saiz storan untuk Nintendo Switch OLED meningkat dari 32GB ke 64GB. Setakat ini hanya tiga warna diperkenalkan iaitu putih, merah dan biru.

Bateri untuk siri Switch kali ini juga akan bertahan selama 4.5 jam sehingga 9 jam mengikut cara penggunaan masing-masing.

Nintendo Switch OLED akan dilancarkan pada 8 Oktober dengan harga bermula sekitar  AS$349 (RM1,451~)

RELATED NEWS

+