One Punch Man: A Hero Nobody Knows bakal memulakan sesi beta tertutup pada bulan hadapan."> One Punch Man: A Hero Nobody Knows bakal memulakan sesi beta tertutup pada bulan hadapan." /> One Punch Man: A Hero Nobody Knows bakal memulakan sesi beta tertutup pada bulan hadapan." />

One Punch Man: A Hero Nobody Knows – Sesi Beta Tertutup Dibuka Pada Awal November Ini

Bandai Namco Entertainment mengumumkan One Punch Man: A Hero Nobody Knows bakal memulakan sesi beta tertutup pada bulan hadapan.

Bermula pada 1 sehingga 4 November, pemain berpeluang untuk mencuba game fighting yang dibangunkan oleh Spike Chunsoft iaitu pembangun Jump Force. Dalam One Punch Man: A Hero Nobody Knows, korang boleh cipta karakter tersendiri dan bekerja keras untuk masuk ke dalam pangkat carta Hero Association serta selesaikan pelbagai misi khas seperti mengalahkan penjahat dan menyiasat asteroid misteri jatuh ke bumi.

Melalui beta tertutup, pemain akan sertai lobi dan melawan antara satu sama lain atau karakter dikawal oleh komputer. Korang boleh lihat masa sesi beta tertutup di bawah:

  • Sesi 1 – Jumaat, 1 November bermula pada 6pm sehingga 9pm
  • Sesi 2 – Sabtu, 2 November bermula pada 2pm sehingga 4pm 
  • Sesi 3 – Ahad, 3 November bermula pada 5am sehingga 7am
  • Sesi 4 – Isnin, 4 November bermula 5am sehingga 7am 

Korang boleh mula daftar untuk beta tertutup khas bermula pada 30 Oktober ini dan tempat adalah terhad! Daftar di sini.

Sementara menunggu beta tertutup ini, saksikan trailer khas untuk beta tertutup One Punch Man: A Hero Nobody Knows.

Tanpa tarikh rasmi, One Punch Man: A Hero Nobody Knows akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Aksiz

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+