Parakacuk, permainan samseng sekolah tinggi buatan Indonesia

Parakacuk, sebuah permainan simulator samseng sekolah tinggi daripada Gamecom Team memperlihatkan penambahbaikan yang stabil sejak mereka menangguhkan pengumuman mereka dari awal tahun ini.

Selepas satu demo awal dilancarkan di Steam, dalam masa yang sama, pasukan pembangun itu juga kembali ke meja lukisan dan menghasilkan sebuah platformer 3D, Babol The Walking Box.

Mengambil inspirasi daripada Bully daripada Rockstar dan siri Yakuza oleh Sega, di dalam Parakacuk anda akan bermain sebagai Budi yang akan menggunakan tumbukkannya untuk menentang pesaingnya, iaitu kumpulan-kumpulan samseng sekolah tinggi. 

Trailer terbaru mereka menunjukkan wajah baru, hasil daripada penambahbaikan yang Gamecom Team lakukan sejak mula pembikinan.

Kini permainan itu menyediakan grafik yang lebih lancar dan sistem pertempuran yang ditambahbaik, yang cukup berbeza dengan demo awal mereka. 

Di dalam trailer itu juga mempamerkan suara lakon Bahasa Inggeris, serta kualiti audio yang lebih baik dalam versi Bahasa Indonesia, di samping mengekalkan dialog-dialog kasar yang sering didengari di sekolah tinggi Indonesia. 

Dengan penghasilan permainan ini, Gamecom Team mempamerkan cita-cita mereka dengan mempersembahkan Parakacuk dalam bentuk penuh sinematik, seperti yang digambarkan di dalam trailer mereka.

Bahkan, Gamecom Team juga dinobatkan anugerah Studio Permainan Pendatang Baru Terbaik di Gameprime 2021.

Dijangkakan demo Parakacuk yang lebih baik bakal dilancarkan sekitar 2022 nanti. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+