Path of Exile 2 perkenalkan Ranger, Path of Exile: Necropolis diumumkan

Grind Gear Games baru-baru ini membuat pembentangan baharu untuk Path of Exile (PoE) dan Path of Exile 2 (PoE 2).

Bahagian pertama memberi fokus kepada Ranger iaitu class yang kembali ke PoE 2.

Path of Exile 2 : Memperkenalkan Ranger

Ranger akan mempunyai beberapa penambahbaikan dan kemaskini terbaru termasuk beberapa set skill lain dari yang lain.

Class ini juga akan mendapat skill mobiliti tambahan untuk bergerak semasa berlawan.

Frost Escape – anda akan melompat ke belakang sambil menembak anak panah beku. Skill ini boleh digunakan dengan Snipe iaitu skill yang memerlukan pengecasan dan dilepaskan pada masa yang tepat untuk damage maksima.

Tambahan lagi Ranger juga diberikan skill untuk mengawal musuh berkumpulan.

Stormcaller Arrow adalah skill di mana anak panah yang melekat di musuh akan akan memanggil kilat untuk menyerang musuh dan mengakibatkan shock di mana mereka akan menerima lebih 30% damage.

Bukan itu sahaja Ranger juga diberikan skill tambahan untuk mengawal pergerakan musuh.

Skill racun dan kuasa berdasarkan tumbuhan iaitu Vine Arrow di mana anak panah ini akan mengeluarkan pokok kecil di atas tanah dan kemudiannya sulur pokok itu akan memperlahankan dan juga meracuni musuh berdekatan.

Path of Exile : Necropolis

Necropolis adalah expansion terbaru untuk Path of Exile.

Dalam expansion ini anda akan berjumpa dengan Undertaker Arimor yang mengumpul roh-roh dari zaman Eternal Empire.

Roh ini akan menghantui raksasa di Wraeclast dan dengan menggunakan Lantern of Arimor, pemain boleh menggunakan kuasa roh.

Lantern of Arimor juga membenarkan pemain untuk mengawal tahap kesusahan dungeon atau satu-satu kawasan.

Menggunakan roh dan mayat raksasa, terdapat satu sistem crafting di mana anda boleh mencipta item kuat baharu dari mayat raksasa.

Path of Exile 2 walaubagaimanapun terpaksa ditangguh kerana Grind Gear Games merasakan PoE 2 masih belum berada di tahap yang memuaskan untuk dikeluarkan.

Jangan lupa mainkan Path of Exile: Necropolis pada 29 Mac ini.

Bagi mendapatkan gambaran bagaimana Path of Exile 2 dimainkan dan ciri baru diperkenalkan, layari laman Steam ini.

RELATED NEWS

+