Death Stranding dilancarkan di PlayStation 4 (PS4) pada tahun lepas dan Kojima Productions telah mengumumkan bahawa versi PC judul tersebut akan dilancarkan pada bulan Jun tahun ini. Malangnya, tarikh tersebut terpaksa diubah.
Pada penghujung bulan Mac, salah seorang kakitangan Kojima Productions disahkan menghidapi COVID-19. Pejabat studio tersebut kini telah ditutup dan para pekerja diarahkan untuk bekerja dari rumah.
Following the temporary closure of KOJIMA PRODUCTIONS, we have had to delay the PC launch of DEATH STRANDING to July 14, 2020, to allow more development time amidst the current work-from-home orders in place. Thank you all for your patience and continued support!#keeponkeepingon pic.twitter.com/euOmebcdQj
— KOJIMA PRODUCTIONS (Eng) (@KojiPro2015_EN) April 21, 2020
Perkembangan ini menjejaskan pembangunan Death Stranding versi PC. Oleh itu, tarikh pelancaran judul tersebut telah ditunda ke 14 Julai 2020.
Death Stranding versi PC akan diedarkan melalui Steam dan Epic Games Store. Ia akan mempunyai beberapa ciri istimewa yang tidak ada di versi PS4 seperti framerate tidak terhad dan sokongan resolusi ultrawide.
Kami di MyGameOn sentiasa berharap kakitangan Kojima Productions sihat dan selamat di rumah masing-masing.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.