Permainan Mafia: Definitive Edition akhirnya didedahkan, jom tonton!

Hangar 13 telah memuat naik trailer permainan Mafia: Definitive Edition dan ia mempertunjukkan aksi permainan dalam misi “A Trip to the Country” yang bertempoh 14 minit.

Ini merupakan kali pertama permainan judul tersebut dipertunjukkan secara jelas. Haden Blackman, Presiden dan Ketua Pegawai Kreatif di Hangar 13, menampilkan diri sebagai pencerita dalam trailer ini.

Trailer permainan ini mempertunjukkan serba sedikit tentang aspek-aspek menarik Mafia: Definitive Edition seperti teknologi rakaman gerakan serta enjin grafik yang lebih hebat. Permainan utama yang dipertunjukkan ialah penembakan.

Pada awal bulan ini, 2K Games mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Mafia: Definitive Edition telah ditangguh ke 25 September tahun ini. Ia akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+