Permainan video Crayon Shin-chan diumumkan untuk Nintendo Switch

Dalam siaran langsung Nintendo Direct semalam, syarikat penerbitan permainan video Neos Corporation mengumumkan Crayon Shin-chan: Ora to Hakase no Natsuyasumi – Owaranai Nanokakan no Tabi.

Permainan ini dibangunkan berdasarkan manga dan anime Crayon Shin-chan untuk konsol Nintendo Switch. Setakat ini, ia hanya disahkan akan dilancarkan di negara Jepun pada musim panas tahun ini.

Trailer di atas menunjukkan ramai watak-watak dari siri manga dan siri anime Crayon Shin-chan seperti rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga Shin-chan akan membuat kemunculan dalam permainan ini. Persekitaran cantik yang berwarna-warni juga dapat dilihat.

Penulis berharap sebuah versi antarabangsa akan dilancarkan pada masa depan. Terdapat ramai peminat Shin-chan, terutamanya pemain dewasa yang membesar menonton anime Shin-chan, semestinya teruja untuk main permainan ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+