Permainan Video Open World & Zombi, Days Gone Akan Hadir Di PlayStation 4 Pada 2018

Selepas beberapa lama menyembunyikan hal ini, akhirnya Presiden Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, Shuhei Yoshida memberi lampu hijau mengenai tarikh keluaran Days Gone, permainan video survival open-world yang bertemakan zombi.

Yoshida ketika berucap di acara PlayStation Experience (PSX) berkata, Days Gone akan dikeluarkan pada 2018. Ini satu berita baik kepada peminat kerana ramai menyangkakan ia akan keluar pada 2019-2020 tapi ia lebih awal dari sepatutnya.

Beliau turut menyentuh persamaan yang peminat sering kaitkan antara Days Gone dan The Last of Us Part 2. Ramai yang terfikir jika kedua-dua permainan mempunyai persamaan dalam aspek naratif tapi Yoshida mengatakan, kedua-duanya adalah berlainan daripada segi direction.

Nampaknya tahun depan akan jadi zombiefest dengan keluaran seperti World War Z, Days Gone, The Walking Dead dan The Last of Us Part 2. Lihat klip video gameplaynya yang diumumkan di acara E3 2017.

RELATED NEWS

+