PlayStation 5 Akan Terjual Lebih Banyak Dari Xbox Series X, Kata Penganalisa

PlayStation 5 berkemungkinan akan dijual dengan lebih banyak dari Xbox Series X, menurut satu penganalisa ini.

IHS Markit Technology’s Piers Harding-Rolls baru-baru ini mengatakan konsol generasi seterusnya dari PlayStation mampu mengatasi angka jualan pesaingnya; generasi Xbox seterusnya pada hari pelancaran.

Seperti yang kita tahu, PS4 terjual lebih banyak dari Xbox One sebelum ini jadi ia masuk akal.

“Saya rasa PS5 akan terjual lebih banyak dari Xbox Series X pada 2020, tapi kedua-duanya akan terjual lebih banyak pada hari pelancaran berbanding PS4 dan Xbox One pada 2013 lalu.

“Satu sebabnya adalah backwards compability (permainan video PS4 dan Xbox One boleh dimainkan di konsol baru ini). Saya juga rasa pengguna akan terus setia pada jenama yang mereka gunakan. Harga PS5 dan Xbox Series X mungkin sama dan ia mungkin tidak lebih tinggi dari PS4.

“Harga tinggi mungkin memaksa Microsoft untuk teruskan dengan strategi dua produk berbeza dan mengeluarkan versi konsol yang kurang berkuasa dan lebih murah pada hari pelancaran. Saya rasa Sony tidak akan mengikuti strategi produk ini jadi Xbox akan berada dalam situasi lebih baik dari sudut pemasaran tapi masih ada kekuranannya,” katanya.

Harding-Rolls mengakui walaupun Xbox mungkin memasuki pasaran next-gen dengan dua konsol tapi ia mungkin tak bagus kerana untuk mendidik pengguna tentang mengapa mereka perlu pilih konsol lebih murah adalah satu tugasan sukar.

(Sumber: Comicbook)

RELATED NEWS

+