PMCO: ViP Squad Berada Di Kedudukan Agak Genting

Selepas hari terakhir pertarungan antara Kumpulan B dan C semalam, pasukan Malaysia, ViP Squad berada dalam kedudukan agak merbahaya apabila memperoleh tempat keempat belas di liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split yang berlangsung di Shanghai, China.

Hanya 16 teratas saja yang layak untuk mara ke kejohanan Asia Tenggara PMCO yang akan dianjurkan di Bangkok, Thailand pada November nanti. 

Hari ini tinggal enam perlawanan untuk kumpulan A dan B yang mana mereka akan mencatatkan kenaikan anak tangga. Sebagai contoh, empat skuad Malaysia lain, AROV, Team Secret, Yoodo Gank dan Bapak Ah hanya memerlukan kira-kira 50 hingga 100 mata perlawanan untuk memecut kedudukan VIP sekarang ini.

Pada minggu akhir PMCO, ViP Squad mencatatkan keseluruhan 551 mata.

Foto: Facebook / VSPN

RELATED NEWS

+