PMGC: Team Secret cemerlang, mara ke Super Weekend 3

Team Secret berjaya mendapatkan WWCD di peta kedua Vikendi di kejohanan dunia PUBG Mobile (PMGC) ketika dalam peringkat League Play minggu ketiga.

Pasukan Team Secret bermain sangat pasif, mereka hanya mengumpul peralatan dan bergerak ke arah bulatan yang seterusnya.

Mereka bernasib baik kerana bulatan terakhir berpihak kepada mereka dan tidak shift ke arah castle.

Pada bulatan akhir, pasukan Team Secret perlu berdepan dengan pasukan Team Secret Jin dan juga Execute.

Tembakan yang padu dari Rex berjaya menjatuhkan seorang ahli pasukan Team Secret Jin. Manakala, iShotz pula berjaya menembak kenderaan yang dimiliki pasukan Execute sehingga meletup menyebabkan pasukan tersebut kehilangan seorang ahli.

Selepas itu, uHigh lincah menjatuhkan seorang ahli pasukan Execute dari atas bukit. Seterusnya dia melompat sambil menembak ke arah ahli terakhir pasukan Execute untuk meratakan pasukan tersebut.

Rex kemudiannya membantu pasukan mendapat WWCD dengan membunuh ahli pasukan yang terakhir Team Secret Jin dalam aksi barbar di bawah bukit. 

Pasukan Team Secret berjaya mengumpul 23 mata dengan 8 kill point yang diperolehi.

Pada permulaan peta yang ketiga Erangel, iShotz dilihat sangat agresif apabila telah bergerak menuju ke arah pasukan Archer Gaming.

iShotz terpisah dengan ahli pasukan beliau akan tetapi berjaya meledakkan bom tangan yang dibaling tepat ke arah pasukan Archer Gaming, menjatuhkan seorang ahli dari pasukan itu.

Seterusnya, uHigh pula datang merempuh ke arah pasukan musuh itu dan memberikan bantuan terhadap iShotz lalu meratakan pasukan Archer Gaming secara langsung. Mereka berjaya mengumpul 4 kill point.

Dan pada minit ke 19, dilihat Rex telah dijatuhkan oleh Lutz dari pasukan Futbolist yang menembak dari arah Sniper Tower.

Kemudiannya, pasukan futbolist terus merusuh masuk ke sebuah rumah yang menjadi tempat berlindung pasukan Team Secret. Rex telah dibunuh secara langsung dan uHigh membuat keajiban dengan clutch play yang dipamerkan oleh beliau membunuh 3 ahli pasukan Futbolist. 

Di minit ke 25, pasukan Team Secret kecundang setelah uHigh dan iShotz cuba mendapatkan bulatan dibunuh secara langsung oleh D2e dari pasukan RRQ.

Pasukan RRQ yang sabar menantikan WWCD di peta tersebut berjaya apabila mereka berjaya membunuh pasukan DRS Gaming. Pasukan Team Secret berjaya mengumpul 19 mata meskipun tidak chicken.

Pasukan Team Secret kini layak bermain di Super Weekend setelah mereka mendapat tempat ke 9 di dalam carta League Play minggu yang ketiga.

RELATED NEWS

+