Gabungan duo pengulas e-sukan terkenal, J Hunter (Azrul Anwar) dan Secret.OnTheGo (Partibhan) mungkin akan dapat disaksikan di meja pengulas di Grand Final PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 hari ini.
Menurut sumber yang tak ingin namanya didedahkan, duo popular ini mungkin akan berganding untuk mengulas bagi perlawanan keempat hingga akhir (keenam).
Sebentar tadi di PMNC, J Hunter mengejutkan warganet apabila membuat kemunculan di meja pengulas tatkala OTG sedang mengulas bersama Soultan bagi perlawanan showmatch.
Semalam, Soultan dan juga Wen berganding mengulas untuk kesemua perlawanan berlangsung.
J Hunter dan OTG antara duo yang sentiasa dinantikan untuk mengulas kejohanan berprestij PUBG Mobile. Kedua mereka mula dilihat serasi sejak mengulas bersama untuk liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga yang berlangsung di Shanghai, China.
Selama lima minggu mengulas, mereka menghiburkan peminat dengan analisis yang mantap dan lawak bersahaja.
Selesai saja liga itu, kedua mereka banyak diminta peminat untuk mengulas bersama sekali lagi.
Sementara itu rekod semalam menyaksikan Victorious In Play (VIP Squad) masih kekal di tangga pertama dengan 131 mata (2 WWCD) dan 47 jumlah pembunuhan. Merapatkan kedudukan ialah Junior Talent dengan 123 mata dan 24 kills.
Dalam kejohanan PUBG Mobile Kebangsaan (PMNC) 2019 dengan prize pool sebanyak RM114,000, penentuan akan dilihat empat pasukan manakah yang akan layak ke liga Asia Tenggara PMCO Musim Luruh nanti.
Mereka akan menyertai Yoodo Gank yang sudah terpilih untuk liga itu apabila mendapat kedudukan terbaik (Malaysia) bagi liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga.
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.