PMNC: VIP Squad Masih Ungguli Carta, AROV Mengikut Rapat Dari Belakang

Makin sengit!

Kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC 2019) hari ini menyaksikan skuad profesional, Victorious In Play (VIP Squad) kekal gah di tangga pertama dengan memperoleh 3 Chicken Dinner. Menerusi pencapaian itu, mereka berjaya mengumpulkan 216 mata dan 76 jumlah pembunuhan setakat ini.

ViP Squad pada awal hari ini membuka tirai PMNC dengan Chicken Dinner pertama dan mengejutkan kesemua peminat sama seperti semalam. Gandingan mantap Hyqul, Yakuza, Jumper dan BenV membuktikan pasukan ini bukanlah calang-calang dan lima minggu pengalaman di Shanghai mengubah gaya permainan mereka ke tahap lebih tinggi.

Mengikuti rapat di belakang adalah AROV dengan 183 mata dan 44 kills manakala Junior Talent dan Team Secret pula masih merapatkan kedudukan dengan 159 dan 154 mata. 

Namun, mereka perlu berhati-hati kerana Panda Northen, Traitor Esports, Extreme Squad dan Unbeatable Gaming boleh membuat kejutan pada bila-bila masa saja. Dengan perbezaan kurang 20 markah, Secret mungkin akan bertukar kedudukan jika mereka ‘too soon’ sekali lagi dalam perlawanan keempat ini.

Dalam kejohanan PUBG Mobile Malaysia (PMNC) 2019 dengan prize pool sebanyak RM114,000, penentuan akan dilihat empat pasukan manakah yang akan layak ke liga Asia Tenggara PMCO Musim Luruh nanti. 

Mereka akan menyertai Yoodo Gank yang sudah terpilih untuk liga itu apabila mendapat kedudukan terbaik (Malaysia) bagi liga Asia Tenggara PMCO Musim Bunga.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+