#PMPLSEA: Geek Fam berjaya raih tempat kelima di peta Erangel

Hari kedua PMPL Sea Final 2020 menyaksikan pasukan Malaysia Team SMG, Team Secret, Team Yoodo Gank dan juga Team Geek Fam berentap bersama 12 pasukan yang lain untuk mendapatkan tempat di top 4 bagi mendapatkan kelayakan ke PUBG Mobile Global Championship 2020.

Pada awal permainan di peta Erangel, kita dapat lihat pasukan Team Secret cuba untuk mengepung pasukan ASTP akan tetapi telah digagalkan oleh pasukan VGM yang menyerbu mereka dan terus meratakan dua pasukan itu.

Pasukan Yoodo Gank juga tidak terkecuali terkeluar awal setelah mereka berperang dengan pasukan Aerowolf. Man Parang dan juga Fredo tidak dapat menyelamatkan diri ke dalam bulatan dan tewas disebabkan oleh Playzone.

Manakala, pasukan Geek Fam berjaya mendapatkan 5 mata bunuh setelah meratakan pasukan VGM di atas bukit. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila mereka cuba rotate menggunakan kenderaan dan telah menyebabkan mereka ditembak mati musuh.

Perlawanan sengit berlaku pada bulatan terakhir di mana pasukan Team Secret Jin, RRQ dan juga Xavier berperang antara satu sama lain dan akhirnya pasukan Team Secret Jin sekali lagi mengutip WWDC di peta Erangel.

Pasukan Yoodo Gank mengumpul sebanyak 88 mata, Geek Fam sebanyak 96 mata setakat ini. Placing ranking pada tempat 1 sehingga 4 masih dirahsiakan oleh pembangun.

PMPL mengumpulkan hadiah terkumpul RM623,625 yang direbut oleh 16 pasukan terbaik PUBG Mobile di serata Asia Tenggara.

RELATED NEWS

+