Pokemon Go menjadi sebahagian daripada Pokemon 2022 Championship Series

Pokemon Company International baru-baru ini mengumumkan siri kejohanan 2022 Play! Pokemon Championship Series yang menjadi tempat berkumpulnya para pelatih Pokemon daripada seluruh dunia untuk mendapatkan gelaran Pokemon World Champion.

Dengan kerjasama bersama Niantic, bagi siri 2022, buat kali pertama permainan Pokemon Go menjadi salah satu acara yang disertakan di dalam kejohanan ini disamping Pokemon TCG, Pokemon Sword and Pokemon Shield dan Pokken Tournament DX.

Kejohanan ini akan menampilkan pelatih dengan siri acara Regional, International dan Special, dengan menawarkan hadiah yang lumayan dan peluang untuk mengembara.

Acara Pokemon Go adakan ditampilkan sebagai acara Regional dan International, di mana pemain terbaik Pokemon Go akan memenangi peluang jemputan ke 2022 Pokemon World Championships. Selain itu, ia juga akan dianjurkan di dalam peringkat umur Senior dan Master.

Bagi pemain yang ingin menyertai acara ini, pendaftaran awal dibuka untuk pemain yang mencapai peringkat Legend di dalam Pokemon Go Battle League musim terkini sebelum pendaftaran untuk orang ramai pada tahun 2022 dan pemain daripada peringkat lain untuk mendaftar.

Buat masa ini, para pelatih masih mempunyai peluang untuk mendapatkan peringkat tertinggi di Pokemon Go Battle League sehingga 29 November tahun ini.

Bagi yang ingin mendaftar, anda hanya perlu hubungkan akaun Pokemon Go bersama Pokemon Trainer Club dan mempunyai ID pemain Play! Pokemon. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kejohanan ini sila layari SINI

Sumber: GamingonPhone.

RELATED NEWS

+