Pokemon Go Umumkan Bulbasaur Akan Menjadi Community Day Pokemon Pada Mac

Bulbasaur akan menjadi tumpuan dalam Pokemon Go pada Mac ini. Ia bersempena Hari Komuniti yang jatuh pada tarikh 25 Mac. Hari Komuniti adalah acara berlangsung selama 3 jam yang memberikan pemain peluang untuk menangkap spesis Pokemon tertentu – mempunyai move yang bukan dipelajari secara kebiasaan.

 

Pokemon Go takkan mengumumkan Bulbasaur (ataupun Venusaur) akan mempelajari move apa sehinggalah hari acara makin hampir. Menariknya, Venusaur sudah mempelajari Razor Leaf dan Solar Beam (move Grass-Type). Ini bermakna Niantic mungkin akan memasukkan move lebih hebat seperti Frenzy Plant.

Venusaur dengan move Grass-Type paling berkuasa boleh membuatkan mereka yang paling hebat dalam kelompok itu. Selain itu, kita juga mungkin akan menerima versi Shiny Bulbasaur, Ivysaur dan Venusaur dalam Pokemon Go. 

Hari Komuniti semestinya kandungan tambahan yang menarik untuk kesemua peminat untuk merapatkan komuniti ini di satu tempat istimewa. Ia juga akan mengumpulkan trainer yang sebelum ini mungkin tak gemar untuk berada dalam satu kumpulan.

Waktu berlangsung Hari Komuniti (Community Day) pada 25 Mac:

Rantau Asia-Pacific: 12:00 p.m. hingga 3:00 p.m. JST (GMT +9)
Europe, Timur Tengah dan Afrika: 10:00 a.m. hingga 1:00 p.m. UTC (GMT +0)
Amerika: 11:00 a.m. hingga 2:00 p.m. PST (GMT -8)

Pengguna Pokemon Go, apa tunggu lagi? Mark kalendar korang sekarang!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+