Pra-daftar Zenless Zone Zero kini dibuka!

HoYoverse hari ini mengumumkan pra-pendaftaran untuk permainan viodeo Action Role Playing Game (ARPG) Zenless Zone Zero kini dibuka!

Pra-daftar ini juga akan memberikan banyak ganjaran khas termasuk hadiah mengikut jumlah pra-pendaftaran, 20 Master Tapes untuk mendapatkan karakter baharu iaitu Agent Corin, 30,000 Dennies dan Boopons dan beberapa item jarang dimiliki seperti Bangboos.

Anda bakal mendapat kesemua ganjaran ini melalui peti surat dalam permainan.

Zenless Zone Zero adalah permainan video baharu HoYoverse dengan genre fantasi urban ARPG di mana dunia peradaban sudah hancur disebabkan oleh raksasa yang digelar Hollows.

Pendaftaran boleh dibuat di pelantar konsol PlayStation Store, Google Play, App Store, Epic Games Store dan juga pelantar lain.

Anda boleh pra-daftar di sini.

RELATED NEWS

+