Program Ini Mengajak Korang Untuk Mendalami Industri Game Development Di Malaysia Secara Percuma

Game Development Workshop Programme 2019 membuka tirai acara pertama yang berlangsung dengan jayanya bertempat di Selangor Digital Creative Centre (SDCC), Shah Alam. 

Siri program yang dianjurkan oleh GameDev Academy disokong oleh Selangor Information Technology & Ecommerce Council (SITEC) bertujuan untuk memberi peluang kepada pembangun baru dan membuka mata orang ramai tentang landskap pembangunan industri game development di Malaysia dan persada antarabangsa.

Pengasas bersama Magnus Games Studio dan pembangun tempatan, DC Gan

Sesi kelas pertama bertajuk “Global Game Market & Local Industry Scene” berlangsung pada 19 April 2019 dibarisi oleh Salman Ahmad dari SITEC, pengasas GameDev Academy, Havene Liew berkongsi gambaran keseluruhan tentang pasaran antarabangsa dan tempatan game serta diakhiri dengan sesi perkongsian oleh pengasas bersama Magnus Games Studio, DC Gan dalam pembuatan Re:Legend.

Baca lanjut: 5 Kaedah Untuk Menceburkan Diri Sebagai Game Developer Di Malaysia

Havene berkata program ini diaturkan buat kali pertama adalah satu percubaan untuk melihat respons orang ramai dan juga pihak industri bagi membantu industri game ini ke tahap lebih tinggi sebelum memulakan program secara rasmi dijangka untuk tahun hadapan.

Selaku CEO XR Associates iaitu sebuah syarikat penerbitan game dan penasihat teknologi mixed reality atau XR, Havene berkata, “Ia adalah gabungan pelbagai aktiviti dalam satu program seperti sesi perkongsian ucap tama (keynote) dengan menjemput orang penting dalam industri, hos untuk game jam dan pameran game percuma kepada semua pembangun game tempatan dan orang ramai.”

Berharap untuk industri game tempatan maju setaraf industri game Nordik

Pengasas GameDev Academy dan CEO XR Associates, Havene Liew

Havene berharap industri game Malaysia boleh setanding dengan industri game Nordik yang menghasilkan game seperti siri The Division, Battlefield dan The Witcher. “Negara-negara Nordik mempunyai populasi lebih kurang 27 juta penduduk iaitu agak sama dengan populasi penduduk Malaysia tetapi mereka ada 800 studio dan hasilkan purata 8,000 peluang pekerjaan serta berjaya memperoleh $10 bilion dolar dalam industri game.”

“Kami mahu mendorong industri tempatan kita ke tahap lebih tinggi dan kerajaan Malaysia juga telah menyatakan hasrat mereka untuk bantu industri game kita tetapi setakat ini, mereka hanya nampak e-sukan sahaja. Bagi saya, ini bukan sahaja mencipta game tetapi untuk membangunkan satu bisnes game yang betul,” jelas beliau.

Beliau juga berpendapat industri e-sukan menjadi satu industri besar dalam pasaran semasa bukan sahaja terletak kepada pemain-pemain profesional berbakat malah kejayaan ini bergantung kepada usaha pengurusan dari aspek bisnes dan kewangan di sebalik tabir.

Selain aktiviti percuma di atas, hanya dua bengkel atau bootcamp berbayar, “Video Game Development in Unity” dan “AR Game Development Without Coding” yang akan berlangsung selama 5 hari.

Menurut Havene, bootcamp ini ditawarkan dengan harga RM3,000 iaitu jauh lebih rendah daripada harga asal iaitu sebanyak RM12,000 apabila dibandingkan daripada program dianjurkan oleh institusi lain. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi kelas seterusnya bakal berlangsung pada 24 Mei, korang boleh ikuti laman rasmi Facebook mereka di sini

Kredit gambar: GameDev Academy.

RELATED NEWS

+