PUBG Akan Mempertimbangkan Region-Locked Servers Tak Lama Lagi

PlayerUnknown’s Battlegrounds mungkin akan pertimbangkan region-locked servers tak lama lagi.

“Kami akan terus bekerjasama meningkatkan suasana gameplay yang lebih baik untuk semua. Ini termasuklah menyediakan network yang lebih lancar untuk pemain. Satu lagi pertimbangan kami ialah menjalankan operasi ke atas server untuk pemain bagi setiap rantau (Asia Tenggara tak bercampur dengan China).

“Tapi pada masa yang sama, jika pemain berada dalam server dari rantau lain membuat team bersama pemain dari rantau lain, mereka boleh connect dan bermain di mana-mana server di kedua-dua rantau,” – kenyataan dari satu temubual bersama PC Gamer.

Pendekatan ini pastinya akan menyelesaikan masalah pemain yang menipu dalam permainan. Kebanyakan mereka datang dari China dan pemain rata-ratanya ingin server China dihasilkan sendiri untuk pemain negara itu.

Sumber: PC Gamer

RELATED NEWS

+