PUBG Mobile: Bekas Pemain AROV, IronPro Dan 小Boy Kini Bersama Resurgence Malaysia

Organisasi e-sukan Singapura, Resurgence nampaknya ingin meluaskan empayar mereka di rantau ini dengan menubuhkan skuad PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) yang terdiri daripada bekas pemain AROV Esports (skuad negara yang ke PMCO Spring Split dan Fall Split di Shanghai, China).

Dua pemain AROV tersebut ialah Muhammad Mukhriz Lutfi Fariq Adlan (IronPro) dan Alexis Aw Chee Loong  (小Boy). Melengkapkan gandingan mantap itu ialah Muhd Imran Rosli (Vokey) dan Lim Jarn Jiang (Y2K).

Secara rasminya, mereka akan bermain di bawah naungan Resurgence Malaysia.

Berita itu diumumkan di laman sosial Instagram milik mereka:

Mengikut kenyataan rasmi Resurgence, mereka juga mempunyai fasiliti di Damansara Perdana, Petaling Jaya termasuk ofis dan training house yang akan digunakan oleh pemain-pemain PUBG Mobile ini berlatih bersama pasukan Resurgence lain.

Ketika pelancaran, Resurgence Malaysia akan diuruskan oleh Aaron “Qontra” Chan sebagai Pengurus Operasi dan dibantu oleh Abdul “Ranger” Hakiem sebagai Pengurus Kandungan. 

Berita lanjut menyusul..

FOTO: Resurgence / Facebook

RELATED NEWS

+