Pemain kompetitif PUBG Mobile, NorFarah Shahira, 22 atau lebih dikenali sebagai Miss Farr kini sah menyertai organisasi e-sukan, Bosskurr Gaming."> Pemain kompetitif PUBG Mobile, NorFarah Shahira, 22 atau lebih dikenali sebagai Miss Farr kini sah menyertai organisasi e-sukan, Bosskurr Gaming." /> Pemain kompetitif PUBG Mobile, NorFarah Shahira, 22 atau lebih dikenali sebagai Miss Farr kini sah menyertai organisasi e-sukan, Bosskurr Gaming." />

PUBG Mobile: MissFarr Sertai Team Bosskurr Sebagai Pemain Kompetitif

Pemain kompetitif PUBG Mobile, NorFarah Shahira, 22 atau lebih dikenali sebagai Miss Farr kini sah menyertai organisasi e-sukan, Bosskurr Gaming.

“Mula-mula saya dihubungi Team Bosskurr yang kebetulan mencari bakat wanita untuk skuad mereka. Pengurus Shopee Bosskurr, Nureddy Nursal (Daddy) ada menghubungi saya.

“Mereka ada tanya saya nak fokus pada streaming atau main dalam arena kompetitif,

“Selepas berbincang dengan mereka untuk beberapa lama, saya menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi ini,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Miss Farr berkata, dia lebih meminati untuk bermain secara kompetitif berikutan pengalamannya bersama Junior Talent sebelum ini yang menyertai liga Asia Tenggara PUBG Mobile selama lima minggu di Shanghai, China.

“Saya rasa dengan kemahiran yang ada sekarang lebih elok untuk pilih main secara kompetitif. Daddy bagi saya buat keputusan untuk tubuhkan skuad diwakili wanita saja atau sertai skuad mixed team

“Tapi buat masa ini, saya belum buat pilihan lagi untuk sertai pasukan mana,” katanya.

Katanya lagi, penyertaannya dalam Team Bosskurr tidak menghalang dirinya untuk strim di laman Facebook miliknya.

“Saya boleh lagi strim seperti biasa. Boleh dikatakan, seronok dapat sertai Bosskurr kerana di sini sudah macam keluarga yang begitu akrab,” katanya.

Walaupun terpaksa tinggal di Selangor selepas ini untuk meneruskan kariernya, kata MissFarr, keluarganya tidak menghalang kerana faham akan hala tuju kariernya.

“Saya ada berbincang dengan keluarga. Alhamdulillah, mereka bersetuju.

“Lagipun, sebelum ini saya dah biasa berjauhan kerana banyak sertai pertandingan jadi mereka pun yakin saya boleh jaga diri dengan baik,” katanya.

Sementara itu, pengurus Shopee Bosskurr, Daddy mengatakan Miss Farr dipilih untuk memberikan pendedahan lebih meluas dalam kariernya.

Gameplay bukanlah sebab utama tapi kami mahu bagi dia pendedahan dalam e-sukan dan menjaga kebajikannya.

“Saya bagi kebebasan untuk dia sertai pasukan mana asalkan dia selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan baik,” katanya.

Menurut Daddy lagi, pelbagai perancangan sudah pun diatur untuk Miss Farr bersama skuad baru nanti dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+