PUBG Mobile Star Challenge 2019 Kini Kembali! – Undi Streamer Favorite Korang Mulai 1 Julai

Korang mesti tahu PUBG Mobile Star Challenge kan? PMSC 2019 kini kembali! dan memang ramai komuniti PUBG Mobile happy sangat dengan pengumuman ini.

Tak seperti kejohanan PUBG Mobile yang lain, PMSC dikhaskan untuk content creators saja dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$250,000 (RM1.03 juta).

Ia akan mengumpulkan 32 gaming creators dari seluruh dunia dan Malaysia juga adalah tak terkecuali untuk menyertai. Paling best, korang boleh undi siapa yang layak!

Tapi hanya 16 teratas yang mendapat undian tertinggi saja boleh mencipta skuad dan bermain dalam kejohanan ini bersama pemain profesional PUBG Mobile yang lain.

PMSC Finals tahun lepas diadakan di Dubai dan mempunyai 20 finalis dari lebih 10 rantau. Kejohanan itu dimenangi oleh RRQ Athena bersama trofi dan cek bernilai USD600,000.

Walaupun prizepool kali ini lebih kecil tapi pastinya ramai yang takkan melepaskan peluang. Korang boleh undi mulai 1 Julai ini untuk gaming creator kegemaran korang!

Undi di https://pmsc.pubgmobile.com/

RELATED NEWS

+