Rai ulangtahun Skyrim bersama Skyrim Anniversary Edition

Sempena meraikan ulangtahun ke-10 The Elders Scrolls V: Skyrim, Bathesda baru-baru ini mengumumkan mereka akan melancarkan Skyrim Anniversary Edition bersama empat kandungan percuma baharu buat Creation Club.

Kedua-dua ini akan dilancarkan secara rasmi pada 11 November ini. 

Melalui Skyrim Anniversary Edition ini, ia akan didatangkan dengan Skyrim Special Edition bersama semua kandungan Creation Club dan empat kandungan baharu. 

Saint & Seducers

Perkenalan kepada sebuah jalan cerita buat dua pencarian bersama-sama pencarian sisi, penambahan set baju besi, senjata, musuh dan banyak lagi.

Rare Curious

Membawa barangan tambahan buat Khajiit Caravan yang diimport daripada seluruh Tamriel.

Survival Mode

Dragonborn anda akan bersaing bersama setiap unsur di Skyrim.

Fishing

Anda perlu menangkap lebih 20 spesis akuatik yang unik, masak, pamerkan tangkapan sebagai trofi atau memeliharanya di dalam akuarium.

Skyrim Anniversary Edition akan dilancarkan untuk platform PC, Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5 dan PlayStation 4. 

Bagi pemilik PS 5, Xbox Series X|S dan pelanggan Xbox Game Pass, yang sudah memiliki Skyrim Special Edition anda akan menerima naik taraf percuma bermula 11 November ini. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Skyrim Anniversary Edition anda boleh layari SINI

RELATED NEWS

+