Ramai pemain Apex Legends hilang semua kosmetik, stats dan akaun menjadi level 1

Selepas isu pertandingan profesional digodam kini Apex Legends dilanda masalah baharu dengan pelancaran musim baharu mereka.

Beberapa laporan sudah dibuat oleh komuniti Apex Legends yang dibelenggu kerisauan kerana ramai pemain kehilangan kesemua kosmetik dan juga stats mereka seperti jumlah kills dan lain-lain lagi.

Ada juga pemain yang terus menjadi level 1 dan ada juga pemain yang kehilangan hampir separuh level.

Respawn kemudian mengeluarkan kenyataan untuk memperbaiki kesilapan ini.

Seorang pemain Apex Legends berkongsi nasibnya di Reddit Apex Legends bahawa level akaunnya kini level 1 dan kehilangan semua stats yang ada.

All stats erased during Split reset
byu/Bangaloaf inapexlegends

Bukan itu saja pemain-pemain lama yang mempunyai banyak skin-skin mahal juga kehilangan semua kosmetik mereka terutamanya skin heirloom yang menjadi antara skin paling mahal dalam Apex Legends.

Perkongsian ini dibuat oleh streamer Apex Legends Tony Romero yang kehilangan kesemua kosmetiknya.

Isu ini juga tersebar sangat luas sehingga Reddit Apex Legends terpaksa ditutup dan server Apex Legends ditutup buat sementara waktu.

Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan tambahan dari Respawn mengenai perkara ini.

RELATED NEWS

+