Razer Pay nak tutup?

Razer Pay, sebuah aplikasi e-wallet yang diperkenalkan Razer sebelum ini kini akan ditamatkan servisnya di Singapura dan Malaysia. Pengumuman ini dibuat di laman web rasminya di mana syarikat itu akan menamatkan servis itu pada 30 September ini.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna Razer Pay (Beta) sebelum ini. Mereka berjaya mencuba pelbagai produk berinovasi serta fungsi hasil dari maklum balas yang diterima dari pengguna dan rakan kongsi mereka. Di akhir peringkat beta ini, mereka ingin memastikan kesemua pengeluaran akaun dan proses penutupan akan diselaraskan dengan peraturan yang ada. 

Razer juga memberikan gambaran bagaimana ingin mengosongkan akaun anda untuk mengeluarkan kesemua baki yang ada melalui 3 langkah. Pertama, anda perlu tekan bahagian “withdrawal” di dalam aplikasi, kemudiannya tekan “Cash Out” dan ikut langkah untuk pengeluaran. Selepas itu, langkah pengeluaran sudah selesai dan akan mendapat baki anda yang dipindahkan dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.

Jika anda masih mempunyai kredit di dalam Razer Pay eWallet, anda boleh menggunakan lagi sehingga 31 Ogos ini. Razer Pay mula dilancarkan pada bulan Julai 2018 sebagai satu langkah kerjasama antara Razer dan Berjaya Corporation Berhad. Tidak lama kemudian, mereka melancarkan Razer Pay Beta di Singapura. Selain itu, Razer juga memperkenalkan Razer Card pada bulan oktober lalu di mana ia akan berlampu ketika anda melakukan pembayaran, ianya terhad kepada 1,337 pelanggan yang terpilih di dalam program beta mereka.

Di Malaysia, Razer mengalami kesukaran untuk bertanding dengan e-wallet lain seperti GrabPay, Touch ‘n Go eWallet dan Boost. Mungkin faktor ini sedikit sebanyak menyumbangkan kepada keputusan mereka untuk membatalkan serta menutup servis ini. Atau mungkin mereka akan mengeluarkan Razer Pay yang rasmi untuk digunakan dengan penambahan fungsi-fungsi terbaru nanti. 

RELATED NEWS

+