Remaja berhenti merokok dek Genshin Impact

Siapa sangka Genshin Impact boleh membawa impak yang positif untuk seorang pemain ini.

Genshin Impact sebelum ini boleh dikatakan sedikit kontroversi dengan gacha-nya tetapi akhirnya ada juga sisi baik yang boleh diikuti.

Seorang pengguna Reddit bernama u/hxomaa dua hari lepas membuat satu posting di Reddit.

Dengan 13.5k tanda upvote dan 510 komen setakat ini ramai menyokong hxomaa kerana berjaya berhenti merokok.

“Saya tahu ini adalah membosankan dan bodoh, tetapi selama ini saya sentiasa menyimpan duit harian untuk membeli rokok, namun selepas menjadi obses dengan genshin, saya kini menyimpan duit untuk membeli Blessing of the Moon secara bulanan dan membuatkan saya lupa mengenai rokok.

“Kini saya sudah berhenti merokok selama 5 bulan dan semakin sihat. Terima kasih miHoYo,”

Mungkinkah ini cara untuk berhenti merokok pagi pemain Genshin Impact yang merokok?

Dari merokok adalah lebih baik menggunakan duit ini untuk Genshin Impact tapi masih berhemah dalam membelanjakan wang.

Ramai juga orang memuji u/hxomaa dan ada juga berpesan untuk tidak menjadi ketagih dengan gacha Genshin Impact pula.

Ada juga yang tidak percaya gacha adalah jawapan untuk berhenti merokok.

“Saya tidak percaya, rupa-rupanya gacha adalah jawapan untuk berhenti merokok.”

Tiada siapa menyangka ketagihan merokok boleh dikurangkan dengan permainan video?

RELATED NEWS

+