Resident Evil 2 Remake Takkan Disertakan Mod VR, Kata Capcom

Trend VR dalam permainan video nyata disukai Capcom dengan pengenalan mod VR dalam Resident Evil 7 di PlayStation 4.

Tapi kalau korang rasa Capcom akan memasukkan mod itu ke dalam Resident Evil 2 Remake, janganlah terlalu berharap. Walaupun permainan itu menggunakan RE Engine (sama seperti RE 7), nampaknya Capcom tak berhasrat untuk lakukan perkara yang sama.

Produser, Tsuyoshi Kanda dan Yoshiaka Hirabayashi memberikan jawapan memuaskan mengapa VR takkan dimasukkan. Kanda berkata ia tak menepati sudut kamera digunakan.

“Kami tak fikirkan untuk sokongan VR kerana perspektif kamera dan pemilihan sudut over-the-shoulder yang bermakna VR bukan pilihan terbaik untuk mempersembahkan permainan ini.”

Dan sebenarnya betul. RE 7 dibolehkan menggunakan VR kerana first-person tapi Remake pula third-person dan untuk memasukkan VR pastinya perlukan lebih masa untuk dibangunkan dan akan ditunda lagi. Siapa suka permainan kegemaran mereka ditunda kan?

Jadi untuk peminat VR, pastinya korang faham kenapa RE 2 Remake takkan dimasukkan mod VR. Sementara itu, saksikan video di bawah untuk gameplay Resident Evil 2 Remake ini! Ia akan dilancarkan pada 25 Januari di Xbox One, PS4 dan PC.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+