Resident Evil 3 Remake Akhirnya Tertiris, Cover Art Nampak Awesome!

Resident Evil 3: Nemesis remake bukan lagi satu khabar yang mustahil kerana sebelum ini kita dah tahu ia akan hadir dengan kejayaan Resident Evil 2 Remake oleh Capcom.

Hari ini, cover art untuk remake ketiga itu tertiris dari Gamstat. Nampaknya ia akan hadir dengan dua versi iaitu versi asal dan juga kod nama “Z”. 

Capcom setakat ini belum mengesahkan mengenai perkara ini sebelum trailer pertama akan ditunjukkan kepada peminat nanti. Seperti yang korang lihat, cover ini menampilkan Nemesis, satu makhluk ngeri yang mengejar Jill Valentine di serata Raccoon City. Jill juga masih mengekalkan baju berwarna biru. Carlos Oliveira juga ditampilkan tapi berambut shaggy.

Kali ini, Nemesis akan ditampilkan sebagai makhluk yang lebih garang dari Ustanak (Resident Evil 6) dan pastinya grafik selepas 23 tahun akan membuatkan bos ini lebih seram dan seronok untuk dihadapi. 

Memandangkan RE2 Remake dilancarkan enam hingga tujuh bulan selepas rakaman pertama disiarkan di E3, mungkin ia juga tak lama untuk RE3. Buat masa ini, kita masih perlu menunggu tarikh pelancaran rasmi yang akan didedahkan oleh Capcom pada konvensyen permainan seterusnya kelak.

RELATED NEWS

+