Resident Evil 8 Akan Gunakan Konsep First-Person, Lapor IGN

Resident Evil 8, judul akan datang dari Capcom dilaporkan akan menggunakan teknik camera ‘first-person‘ sama seperti siri ketujuh. 

Laporan dari IGN SEA mengatakan Resident Evil 8 akan mengikuti jejak langkah RE 7. 

Perspektif first-person membolehkan pemain merasai ketakutan tanpa mengetahui apa yang ada di belakang mereka.

Perspektif first-person itu diperkenalkan untuk memberikan gaya permainan dan atmosfera baru kepada peminat yang selama ini disajikan dengan teknik kamera third person

Rata-rata peminat tidak terkejut dengan gerakan Capcom ini kerana Resident Evil 1 hingga 3 menggunakan sudut kamera yang pelik manakala RE 4 – 6 menggunakan third person. Mungkin evolusi ini akan dikekalkan hingga judul yang kesembilan.

Sementara itu, Capcom juga sedang gigih membangunkan Resident Evil yang lama dalam versi remake seperti RE2 yang menerima anugerah ‘Game of the Year‘ dan terjual lebih 5 juta unit. Kali ini, RE3 Remake pula akan menyambung legasi itu pada 3 April ini berserta mod multi-pemain.

(Sumber: IGN SEA)

RELATED NEWS

+