Rindu Zaman Sekolah? Jom Muat Turun My Tamagotchi Forever Di iOS dan Android Sekarang!

Tamagotchi.. bila last korang main gajet klasik berbentuk telur tu? Sekarang eksklusif di telefon pintar!

Nostalgia. Itu yang penulis rasakan hari ini apabila mendapat tahu My Tamagotchi Forever kini dikeluarkan secara rasmi di iOS dan Android. Dah tentunya dulu, kita bagi perhatian kepada haiwan peliharaan digital ni. Cuci najis, bagi makanan dan sebagainya bagi memastikan ia sentiasa gembira.

Tapi itu dulu.. sekarang korang dah boleh ada Tamagotchi dalam telefon pintar! Berita baik ini diumumkan Bandai Namco dan Paladin Studios.

REUNION DENGAN KAWAN LAMA

Jumpa Mametchi, Kuchipatchi dan ramai lagi kawan lama korang di Tamatown. Bila anda menjaganya dengan baik, ia akan evolusi kepada dewasa. Tolong mereka mencapai impian sebagai guru, astronaut dan macam macam lagi. Setiap Tamagotchi ada tempatnya di Tamatown dan dengan jagaan korang, beri kebahagian kepada penduduknya!

AKTIVITI MENARIK

Mandi, makan, main dan tidur – ini aktiviti wajib untuk menggembirakan Tamagotchi korang. Seperti biasa, ia akan memberitahu jika keperluan ini dikehendaki. Korang juga boleh main minigames dan pergi meneroka Tamatown untuk dekorasikan bandar itu untuk nampak lagi meriah!

SEDIA UNTUK MEMBESAR 

Daripada telur kecil sampai Tamagotchi dewasa, ia akan melalui beberapa peringkat evolusi, setiap satunya mempunyai karakter unik. Aksi korang menentukan karakter mana korang akan dapat. 

KONGSI BERSAMA KAWAN-KAWAN

Hiasi Tamatown dengan taman permainan, pokok, bot, kolam renang dan macam-macam lagi. Korang juga boleh tangkap gambar untuk Memorable Moments dan masukkan dalam album gambar. Ia kemudiannya boleh dikongsi bersama kawan. Sementara game ni mendapat perhatian, pasti lebih ramai kawan di media sosial korang akan main bersama.

Tak kisahlah korang umur berapa pun, apa tunggu lagi, kasi download lah sekarang! 

iOS: KLIK SINI

Android: KLIK SINI

RELATED NEWS

+