Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration Akan Hadir Ke MacOS dan Linux Tak Lama Lagi

Rise of the Tomb Raider pada mulanya dilancarkan di Xbox sebagai game eksklusif pada hujung 2015. Terbaru, Feral Interactive mengumumkan ia akan dikeluarkan khas untuk macOS dan Linux bersempena “Rise of the Tomb Raider: 20 Year Celebration,” pada musim bunga ini.

Ini bermakna keluaran di Mac itu sama dengan PS4 (2016), dilancarkan bersama add-on dan kandungan tambahan (DLC).

Rise of the Tomb Raider adalah sekuel kepada siri reboot “Tomb Raider” bermula 2013, membolehkan pemain mengawal Lara Croft dalam kembaranya mencari artifak yang boleh memberikan kuasa immortality  di kota tersembunyi Kitezh.

Lara juga dilengkapi senjata baru dan tools seperti poisoned arrows dan explosive shotgun shells

Sumber: Macrumors

 

TAGS

RELATED NEWS

+