Rombakan pasif Yu Zhong menimbulkan kemarahan kepada pemain MLBB

Hero Fighter Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Yu Zhong telah dirombak di Advance Server versi 1.7.86.

Rombakan itu dilakukan terhadap pasif Yu Zhong yang digelar Cursing Touch di mana dia boleh memberi Sha Residue kepada pihak lawan setiap kali dia melakukan damage terhadap mereka dan dia akan menerima Sha Essence.

Apabila ia mencecah lima stack Sha Essesnce, Sha Residue akan diaktifkan dan pihak lawan akan menerima 30 Physical Damage dan memulihkan 6% daripada nyawanya yang hilang.

Pada masa yang sama, ketika Sha Residue aktif, dia akan menerima 30% Movement Speed dan 10% Spell Vamp.

Ini merupakan satu pasif yang kuat terutama sekali apabila Yu Zhong berjaya melakukan semua skill terhadap pihak lawan.

Apabila terkena pasif ini ketika nyawa tinggal sedikit, peluang untuk pihak lawan mati lebih tinggi daripada mereka sangkakan.

Namun pada versi terbaru, pasif ini diubah di mana burn damage yang diterima oleh pihak lawan.

Pihak komuniti lebih sukakan jika efek burn itu disimpan.

 

Patch Notes 1.7.86 – Adv. Server
by u/Tigreal in MobileLegendsGame

Kini ia hanya mempunyai Physical Attack, Movement Speed dan Spell Vamp apabila pasifnya diaktifkan.

Hal ini menimbulkan kemarahan daripada komuniti MLBB kerana mereka menggangap bahawa ia semakin lemah berbanding versi terdahulu kerana kini pemain tidak boleh membunuh dengan ‘membakar’ pihak lawan.

Kini dia perlu mengharapkan skill sahaja terutama sekali skill satu di mana Cooldown Reduction skill tersebut dikurangkan daripada 7 saat – 5.5 saat kepada 5 saat – 3.5 saat.

Ada yang berpendapat bahawa Yu Zhong merupakan satu hero yang seronok dengan pasifnya dan merasakan bahawa perubahan ini adalah satu nerf.

Walaubagaimanapun, Yu Zhong masih dalam fasa uji kaji dan banyak perubahan boleh dilakukan.

Adakah perubahan ini akan membuatkan Yu Zhong semakin lemah ataupun semakin kuat?

RELATED NEWS

+