SEGA Spring Sale 2024 di Steam – potongan harga menarik untuk game SEGA, Atlus

Jualan sempena musim bunga Steam Sale kini tiba untuk koleksi permainan dari SEGA.

Beberapa permainan video SEGA dan Atlus seperti Persona, Sonic dan lain-lain menerima diskaun yang cukup menarik untuk didapatkan sehingga 21 Mac ini sahaja.

Sonic SuperStars menerima potongan harga sebanyak 50% dan kini berharga RM79.50 sahaja. Bagi peminat siri Persona, Persona 5 pula menerima 50% potongan harga. Dari RM252 kini berharga RM126 sahaja.

Begitu juga dengan Persona 5 Tactica berharga RM148.85 selepas potongan harga 30%.

Permainan seperti Like A Dragon: Infinite Wealth juga menerima potongan harga sebanyak 20% (RM191.20) manakala Yakuza Like A Dragon pula hanya berharga RM45.80 dengan diskaun 80%

Untuk senarai penuh permainan video SEGA Spring Sale di Steam, layari laman web ini.

RELATED NEWS

+