Selepas 7 bulan saja, Apex Legends Mobile akan ditutup

Satu lagi battle royale mudah alih akan ditutup. Hanya selepas 7 bulan, Apex Legends Mobile bakal ditutup pada 1 Mei ini.

Electronic Arts mengumumkan Battlefield Mobile juga bakal ditutup namun tiada tarikhnya lagi.

“Walaupun dengan permulaan Apex Mobile yang hebat, pengalaman yang diberikan tidak mencapai kehendak-kehendak pemain,” ujar EA dalam kenyataan mereka.

“Selepas berbulan-bulan bekerjasama dengan partners kami, kami mengambil keputusan untuk menutup permainan video ini,”

Electronics Arts juga ada mengatakan mereka banyak belajar dari pelancaran Apex Legends Mobile dan akan berfikir semula mengenai pengalaman Apex Legends Mobile bagi masa hadapan.

Mungkin pada masa hadapan, Respawn dan Electronic Arts akan membawa semula permainan video mudah alih mereka ini.

RELATED NEWS

+