Semua pemain boleh menggantung akaun orang lain di COD Mobile, ini langkah keselamatannya

Sebuah eksploit di COD Mobile membenarkan pemain menggantung pemain lain dengan mudah. Komuniti pemain berjaya menemui eksploit ini yang menimbulkan kekecohan dan ia pasti akan memberi impak kepada pemain-pemain di komuniti Malaysia.

Kisah ini bermula apabila seorang pemain mengumkan kejadian eksploit ini di saluran Discord bahawa pemain boleh menggantung akaun orang lain tanpa sebarang maklumat peribadi, dan hanya memerlukan maklumat asas seperti ID dalam permainan atau UID.

Satu lagi pengumuman di saluranDiscord itu mendakwa bahawa Activision sedang berusaha untuk membetulkan isu ini tetapi itu juga belum disahkan.

Beberapa ketika dahulu, terdapat juga laporan  yang berlegar-legar yang mendakwa bahawa melaporkan akaun seseorang secara besar-besaran membawa kepada gantungan akaun juga. Walau bagaimanapun, akaun rasmi Call of Duty: Mobile Reddit kemudiannya sebenarnya mengatakan itu tidak benar.

Cara Menyelamatkan Akaun Anda

Disebabkan eksploit ini menggunakan maklumat asas seperti UID serta ID dalam permainan, ia digalakkan untuk anda teruskan bermain dalam mod Streamer Mode agar maklumat asas anda dilindungi dan tidak boleh diambil oleh sesiapa saja.

Untuk mengaktifkan mod ini, anda perlu mengikuti langkah di bawah.

  1. Pergi ke Settings
  2. Kemudian ke Legal dan Privacy
  3. Aktifkan Streamer Mode

Perlu diingatkan juga supaya jangan kongsikan UID anda kepada sesiapa sewenang-wenangnya agar anda dapat memelihara keselamatan akaun anda.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

RELATED NEWS

+