Kita semua sedia maklum yang tarikh pelancaran PlayStation 5 di seluruh dunia adalah 19 November. Tapi ketika pembentangan PlayStation 5 Showcase baru-baru ini, Sony tidak mengumumkan sebarang tarikh terperinci pra-tempah untuk konsol generasi baharu ini.
PS5 pre-orders will be available starting as early as tomorrow at select retailers.
— PlayStation (@PlayStation) September 16, 2020
Mereka hanya menyatakan yang pra-tempah bermula pada 17 September dan tiada waktu terperinci diberitahu.
Akibatnya, ramai pengguna yang terus ‘terjah’ laman web retail yang menawarkan PS5. Kesannya, laman web tersebut tergendala, stok habis dan ada yang kecewa malah menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana kecuaian Sony.
Sony kemudiannya tampil mohon maaf dalam satu ciapan baru pada Sabtu.
Let’s be honest: PS5 preorders could have been a lot smoother. We truly apologize for that.
Over the next few days, we will release more PS5 consoles for preorder – retailers will share more details.
And more PS5s will be available through the end of the year. pic.twitter.com/h1TaGsGBun
— PlayStation (@PlayStation) September 19, 2020
Katanya, sesi pra-tempah ini boleh dijalankan dengan lebih baik dan mereka akan terus menambah stok PS5 untuk beberapa hari seterusnya.
Stok PlayStation 5 juga akan ada lebih banyak sehingga penghujung tahun ini.
Pada waktu PlayStation 5 Showcase, permainan video eksklusif seperti Final Fantasy XVI dan Spider-Man: Miles Morales diumumkan. Walaupun acara itu berjalan lancar, nyata ketidakcekapan Sony dalam menguruskan penjualan PlayStation 5 mengecewakan ramai orang.