Shuttle Smash: Badminton League – Jadi pemain badminton terhebat

Badminton adalah sukan yang sangat diminati dan dikenali ramai di serata Asia. Badminton lebih dikenali sebagai sukan yang penuh aksi dan telah memberikan banyak inspirasi terutamanya di peringkat pertandingan profesional.

Khas untuk peminat badminton, Shuttle Smash: Badminton League adalah permainan badminton untuk semua. Permainan mudah alih 3D ini mengambil badminton ke peranti mudah alih anda.

Permainan ini dicipta oleh Mason Games, pengeluar permainan video Malaysia yang dikenali ramai dengan inspirasi Asia dalam permainan video mereka. Shuttle Smash: Badminton League kini menjadi permainan terbaru Mason Games.

Objektif permainan video ini adalah untuk mengalahkan lawan badminton anda untuk menjadi yang terbaik dalam liga badminton. Shuttle Smash berjaya membawa rasa perlawanan badminton sebenar dan mengikut ketat peraturan rasmi yang ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Setiap pemain boleh memilih tahap kesusahan untuk bermain iaitu easy, medium dan hard. Dalam mod Casual, pemain perlu mendapatkan lebih dua mata dari pihak lawan untuk menang.

Mod Tournament Shuttle Smash pula menggunakan mata tradisional 21 untuk menang. Bagi membawa lagi rasa realistik, pemain boleh memilih cara untuk serve dan mengikut peraturan dan larangan badminton.

Pemain-pemain Shuttle Smash juga boleh membuat avatar mereka tersendiri. Lebih tinggi anda menaiki tangga liga, lebih banyak peluang anda untuk mengubah avatar dengan jersi baharu dari shop.

Peminat tegar juga boleh menjadi juara dunia kegemaran mereka termasuk, Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan dan Viktor Axelsen dalam Shuttle Smash. Dengan hanya kawalan mudah, pemain boleh meniru tembakan net sama seperti pemain-pemain lagenda tersebut.

Shuttle Smash:Badminton League menggunakan kawalan mudah untuk semua orang dengan menggunakan jari sahaja untuk tap, hold dan drag.

Banyak jenis pukulan boleh dibuat dari pukulan lob, pukulan drop shots dan sudah semestinya pukulan smesy. Setiap kemahiran ini menjadi kunci untuk menjadi juara dunia.

Tambahan lagi, permainan ini juga memperkenalkan papan pendahulu mengikut negara untuk mengumpul mata bagi negara mereka sendiri dan setiap trofi dan mata akan dikemaskinikan secara langsung. 

Selepas setiap perlawanan, anda boleh melihat iklan untuk mendapatkan lebih banyak coins untuk membeli pelbagai jenis jersi yang diinspirasikan dari negara-negara yang terkenal dengan badminton.

Jangan lupa muat turun Shuttle Smash: Badminton League di Google Play Store dan Apple App Store untuk menjadi pemain badminton terhebat!

RELATED NEWS

+