Sony tarik balik keperluan PSN Helldivers II selepas kecaman teruk dari gamers

Sony kini menarik balik semula kewajipan PlayStation Network (PSN) untuk bermain Helldivers II.

Kontroversi ini bermula apbila lebih 177 negara dan wilayah tidak dapat lagi bermain Helldivers II kerana tidak mempunyai PSN.

Pada 3 Mei lepas, Arrowhead membuat pengumuman bahawa pemain Helldivers II di Steam perlu menghubungkan akaun PSN mereka sebagai salah satu bahagian fungsi keselamatan baharu yang terus menjadi kontroversi.

Disebabkan ini 120 negara dan 57 wilayah kehilangan sokongan bermain dan lebih 250,000 pemain membuat review negatif di Steam.

“Peminat Helldivers, kami sudah menerima maklum balas anda mengenai sambungan ke akaun,” tulis Sony.

PlayStation Network tidak lagi diperlukan oleh pemain baharu dan pemain semasa mulai 30 Mei ini.

Nampaknya demokrasi akhirnya menang buat para gamer Helldivers II.

Ramai pemain menyambut keputusan ini tetapi masih mengkritik Sony atas keputusan ini.

RELATED NEWS

+