Spesifikasi Anthem Di PC Akhirnya Didedahkan

Tarikh keluaran Anthem makin hampir dan hari ini kita dapat tahu spesifikasi kalau nak main game ni dekat PC.

Dalam acara Consumer Electronics Show (CES), NVIDIA dan EA bekerjasama untuk tampilkan trailer terbaru.

Kalau korang saksikan trailer di bawah, sangat cantik versi di PC ini. Semuanya nampak macam ‘hidup’ tak kisahlah outdoor atau indoor. Ada juga sedikit gameplay yang menampilkan musuh robotik. Korang juga akan dapat tahu sikit tentang plot permainan ini yang mana relik misteri akan ditemui sepanjang kembara korang.

Berikut adalah spesifikasi minimum untuk permainan video ini:

SPESIFIKASI MINIMUM ANTHEM

OS: 64-bit Windows 10
CPU: Intel Core i5 3570 atau AMD FX-6350
RAM: 8 GB System Memory
GPU: NVIDIA GTX 760, AMD Radeon 7970 / R9280X
GPU RAM: 2 GB Video Memory
HARD DRIVE: Sekurang-kurangnya 50 GB storan boleh digunakan
DIRECTX: DirectX 11

SPESIFIKASI ANTHEM YANG DIWAJARKAN

OS: 64-bit Windows 10
CPU: Intel Core i7-4790 3.6GHz atau AMD Ryzen 3 1300X 3.5 GHz
RAM: 16 GB System Memory
GPU: NVIDIA GTX 1060/ RTX 2060, AMD RX 480
GPU RAM: 4 GB Video Memory
HARD DRIVE: Sekurang-kurangnya 50 GB storan boleh digunakan
DIRECTX: DirectX 11

Untuk sementara waktu ini menunggu 22 Februari, korang bolehlah fikir-fikir bajet kalau nak dapatkan spesifikasi macam atas ni. Untuk pengguna PS4 dan Xbox One, tak perlu lah risau!

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+