Steam kini diharamkan di Vietnam

Beberapa hari lepas, Steam secara tiba-tiba telah diharamkan di negara Vietnam.

Beberapa pemain dari Vietnam mengatakan kesemua jenis langganan internet telah menyekat kedua-dua aplikasi Valve dan juga di browser.

Berdasarkan artikel yang telah diterjemahkan di VietnamNet, pengharaman ini berkemungkinan berkaitan dengan penerbit permainan video di negara mereka sendiri.

Menurut mereka, Valve dikatakan telah melanggar undang-undang domestik pengeluar permainan video di sana.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan jika tidak pelantar ini bakal merosakkan penerbit permainan video di sana.” menurut wakil pengeluar permainan video Vietnam.

Vietnam bukan satu-satu negara yang pernah mengharamkan Steam sebelum ini.

Punca pengharaman ini dikatakan terjadi akibat penerbit di sana mengatakan Steam melanggar undang-undang kerajaan Vietnam.

Beberapa pemain berjaya membuka halangan ini dengan menukarkan DNS mereka.

Setakat penulisan ini, sebab pengharaman Steam tidak diberitahu lagi oleh Kerajaan Vietnam dan Valve.

RELATED NEWS

+