Streamer mengalahkan bos-bos Elden Ring dengan kod morse

Sudah beberapa bulan seorang streamer yang dikenali sebagai Silithur mengalahkan banyak bos-bos Elden Ring dengan hanya menekan satu butang dengan arahan kod morse.

Silithur baru-baru ini berjaya mengalahkan bos terakhir Elden Ring dengan hanya kod morse.

Bayangkan menang dengan bos terakhir Elden Ring hanya menggunakan satu butang.

Lebih melucukan, Elon Musk jutawan pemilik pelantar X/Twitter membuat ciapan mengatakan Silithur patut cuba untuk mengalahkan Malenia pula.

Ciapan yang dibuat Elon Musk itu seakan-akan mempersendakan kelebihan Silithur.

Silithur tanpa berlengah terus menunjukkan video dirinya mengalahkan Malenia menggunakan kod morse.

Elon Musk sepatutnya sedar, jika anda mahu memalukan pemain Elden Ring jangan sesekali pandang rendah dengan kebolehan mereka.

RELATED NEWS

+