Sukan SEA 2019: Malaysia Akur Gangsa

Selepas tewas dengan pasukan tuan rumah, Filipina, 0-2, akhirnya skuad Harimau Malaya terpaksa akur dengan Ganga bagi kategori Mobile Legends: Bang Bang di temasya dwi-tahunan Sukan SEA 2019 yang pertama kalinya mempertandingkan e-sukan.

Skuad Malaysia diwakili oleh Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Izme Haqeem Hamsjid, Muhammad Hazeem Onn, Jamil Nurolla dan Mohd Faris Zakaria. 

Mereka tewas di peringkat final kumpulan kalah (lower bracket) sebentar tadi.

Tuan rumah, Filipina mara ke penentuan pingat emas menentang gergasi Indonesia pula selepas ini.

(Foto: Mobile Legends: Bang Bang)

RELATED NEWS

+