Tencent Mengumumkan Dua Permainan Mudah Alih PUBG Di China

Berita baik untuk kipas susah mati Playerunknown’s Battlegrounds di China kerana mereka akan dapat menikmati permainan popular itu di peranti pintar, tak lama lagi.

Satu daripadanya dibangunkan oleh Timi Studio milik Tencent. Ia dikatakan mempunyai ciri baru yang tidak didapati di PC seperti pertarungan di laut (naval battles) dan stail permainannya lebih kepada arked.

Permainan mudah alih kedua dibangunkan oleh Lightspeed dan Quantum Studios, satu lagi anak syarikat milik Tencent. Game kedua ini akan lebih menyamai gaya permainan seperti di PC.

Kedua-dua game ini dibangunkan menggunakan Unreal Engine 4 dan sudah didedahkan gameplaynya seperti dalam video di bawah.

Tencent bagaimanapun belum mendedahkan lagi tarikh rasmi untuk kedua-dua permainan mudah alih ini tapi hanya mengatakan ia akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Penulis rasakan jika permainan mudah alih ini mendapat sambutan, tak mustahil ia akan dipasarkan di rantau Asia Tenggara dan mungkin di Malaysia juga. Siapa tahu?

RELATED NEWS

+