Tencent tubuhkan Level Infinite

Demi memfokuskan penerbitan permainan berkualiti tinggi untuk pasaran global, Tencent kali ini mengumumkan penubuhan sebuah bahagian penerbitan baharu, Level Infinite.

Level Infinite akan berpangkalan di dua lokasi iaitu di Singapura dan Belanda di samping sebilangan staf yang berada di serata dunia untuk mempertingkatkan kualiti servis dan sokongan buat pemain. 

CEO Level Infinite, Michelle Liu menyatakan, “Pelancaran Level Infinite ini adalah peringkat seterusnya buat evolusi Tencent Games sebagai sebuah penerbit bertaraf global dan jenama yang dipercayai.

“Kami akan terus membawa tajuk-tajuk berkualiti tinggi walaupun di mana dan bagaimana mereka bermain,”

Sumber: Eurogame

RELATED NEWS

+