Terfikir Bagaimana PUBG Dalam Dunia Nyata? – Jom Layan Video Komersial Dari China Ini!

Kalau korang pernah terbayangkan macam mana filem live action PlayerUnknown’s Battlegrounds dihasilkan, jom usha yang ni!

Komersial untuk permainan mudah alih PUBG di China ini menampilkan ciri-ciri gameplay yang menyamai konsep Battle Royale dan dibuat dalam live action dengan adanya pelakon dan special effects.

Dalam video ini, pejuang semua terjun dari kapal terbang, mengutip senjata dan berentap merebut ‘Chicken Dinner’ sama seperti dalam PUBG sementara mengelak letupan dan tembakan musuh. Boleh dikatakan iklan ini agak sama dengan versi Niantic yang mempromosikan Pokemon Go.

Iklan itu dikeluarkan selepas 2 permainan mudah alih PUBG itu dilancarkan di China. Kedua-duanya bertajuk PUBG: Army Attack dan PUBG: Exhilarating Battlefield menggabungkan 75 juta pra-tempahan di rantau itu. 

Bagaimanapun setakat ini tiada lagi perancangan untuk membawa permainan mudah alih itu ke pasaran Barat . Jom enjoy dulu video ni!

RELATED NEWS

+