Trailer Shadow of the Tomb Raider Lebih Misteri, Teroka Dunia Kaum Maya

Pengembaraan Lara Croft nampaknya lebih menakutkan dan mencabar berbanding dulu seperti yang disaksikan dalam trailer Shadow of the Tomb Raider di persidangan Xbox di E3 2018 sebentar tadi.

Kita menyaksikan Lara menyelesaikan teka-teki di makam Mayan dan kemudian mencari jalan keluar berbahya menerusi sungai mengalir deras. Trailer ini menunjukkan makna lain iaitu cleansing, satu keadaan yang mana Lara mencabut pisau dari tempat persemadiannya.

Shadow of the Tomb Raider adalah game ketiga dalam trilogi Tomb Raider reboot yang bermula pada 2013. Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 14 September 2018.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+