Tribe Gaming juara CoD Mobile World Championship Western Final 2021

Call of Duty (CoD) Mobile World Championship Western Final 2021 sudah pun melabuhkan tirai dan pasukan Tribe Gaming yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat, dijulang sebagai juara.

Tribe Gaming berjaya menewaskan ARP Gaming dengan keputusan 3-1 dan sudah membawa pulang hadiah wang ringgit sebanyak AS$300,000 (RM1.26 juta) serta trofi kejuaran.

CoD Mobile World Championship Western Final 2021 merupakan kejohanan dunia pertama untuk CoD Mobile yang melibatkan 12 pasukan daripada Amerika Utara, Eropah dan Amerika Selatan, dengan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak US$1 juta (RM4.15 juta).

Bagi kejohanan CoD Mobile World Championships Eastern Final 2021 dijangkan akan diadakan di 11 hingga 12 Disember ini yang akan melibatkan negara-negara Asia. 

Sumber: GamingonPhone.

RELATED NEWS

+