Warcraft 3: Reforged Diumumkan, Blizzard Ingin Peminat Kembali Mengimbau Nostalgia

Warcraft 3: Reforged mungkin kelihatan lebih baik dari segi visual namun ia lebih daripada itu. Reforged adalah usaha Blizzard untuk kembalikan nostalgia bagi jutaan peminat, dengan menambah baik grafik, menyertakan campaign baru, memodenkan gameplay dan memberi perhatian sepenuhnya pada update yang akan datang.

Ia didedahkan di BlizzCon 2018 yang mana menyaksikan team dari portal Polygon mencuba chapter keenam Warcraft 3 iaitu The Culling.

Pemain mengawal Prince Arthas, Paladin muda bersama sekumpulan askar untuk membunuh 100 orang awam yang dijangkiti dan tak bersalah sebelum dreadlord Mal’Ganis melakukannya.

Reforged mengubah petanya di sini, menukarnya menjadi Stratholme (dungeon) yang direka dalam World of Warcraft. 

Peta asal memulakan pemain dari bahagian kanan atas dan menjajah bandar yang dipenuhi sungai dan daerah yang tak bercantum. Tapi Reforged pula memulakan pemain dari bahagian bawah peta dan meneroka kawasan lebih luas. Ia lebih selesa dan pemain yang tak bermain untuk satu dekad mesti tak perasan perubahan ini.

Tapi seperti juga Stratholme, Reforged masih mengekalkan atmosfera seperti WC3. Ia juga lancar walaupun dalam pra-pembangunan dan sangat cantik untuk disaksikan. 

Pendek cerita, Reforged adalah masa depan. Ia menggabungkan dunia Warcraft 3 dan korang akan mengikuti perjalanan Arthas, Orc, Nightelf di Kalimdor dan ramai lagi karakter unik yang membuatkan permainan video ini dikenang sepanjang zaman.

Dengan penambahan custom maps, pastinya Reforged akan membuka peluang kepada lebih ramai designer dan programmer untuk bereksperimentasi dengan peta tersedia dalam permainan ini lalu mencipta mod permainan baru. Lihatlah betapa banyaknya mod boleh didapati dalam permainan klasik itu dahulu.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+